AKIBAT video mempromosikan berserta menunjukkan cara menggunakan ‘kondom berduri’ tular sejak Selasa lalu, wanita berusia 26 tahun menanggung malu dan dikecam teruk netizen.

AKIBAT video mempromosikan berserta menunjukkan cara menggunakan ‘kondom berduri’ tular sejak Selasa lalu, wanita berusia 26 tahun menanggung malu dan dikecam teruk netizen.

Wanita itu ketika dihubungi, hari ini berkata, video yang dihasilkan hanya suka-suka dan bukan untuk tontonan umum sebaliknya untuk sepupu dan rakan wanita.
“Saya bukan nak ‘viralkan’ (tularkan). Saya buat sendiri video itu dan beri kepada sepupu dan rakan wanita dalam ‘group’ Whatsapp dengan tujuan untuk menjualnya kepada mereka.

“Malu sangat selepas ‘viral’ di Facebook (FB),” katanya.

 

Menurutnya, dia bekerja di kedai menjual barangan kosmetik dan majikannya turut menanggung malu

“Dalam video tu saya juga ada menyebut nama sepupu saya. Video itu bukan untuk tatapan umum tetapi sepupu dan kenalan wanita saya saja.

“Bagaimanapun, sehari selepas saya kongsi video itu dalam ‘group’ Whatsapp yang hanya ada 10 ahli terdiri daripada sepupu dan rakan wanita saya, terus video itu ‘viral’,” katanya.

Menurutnya, sebaik video itu tular dia memuat naik permohonan maaf melalui akaun FB miliknya.

“Bukan saya yang ‘viralkan’, harap semua faham. Saya makan gaji dengan tauke kedai kosmetik, dia pun kena tempias dan malu.

“Apabila saya minta maaf, makin ramai yang tularkan ,” katanya.

Katanya, dia memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas perbuatannya itu.

“Saya akan lebih berhati-hati selepas ini,” katanya.

Selasa lalu, tular di media sosial video berdurasi 1 minit 26 saat yang mempromosikan ‘kondom berduri’ oleh seorang wanita.

Wanita itu turut menunjukkan cara untuk menggunakan alat berkenaan.

sumber – hmetro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *