Dengan Bajet RM6,000 Tapi ‘Complete’ Segalanya.

Buat bakal pengantin, apabila cakap sahaja pasal kahwin, semestinya banyak perkara yang perlu difikirkan bagi memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar

Biasalah kan bila nak kahwin ni, pastinya duit menjadi perkara utama yang difikirkan pasangan mempelai. Kata orang semuanya memerlukan duit, kalau tak ada duit memang tak jalan lah majlis tu nanti.

Ramai yang fikir, majlis perkahwinan memerlukan peruntukan duit yang besar sehingga mencecah puluhan ribu ringgit. Namun, tahukah anda bahawa anda boleh mempunyai majlis perkahwinan meriah seperti orang lain dengan hanya mempunyai bajet sebanyak RM6,000?

 

Ya, memang boleh tetapi bagaimana caranya? Jom baca perkongsian daripada Noor Fathin Azlan ini:

1. Mas kahwin

 

Mengikut negeri masing-masing. Tak perlu nak lebih-lebih. Boleh rujuk pejabat agama islam negeri. Anggaran maksimun RM300.

Namun di negeri Kelantan, mas kahwin tidak ditetapkan kerana mas kahwin mereka adalah wang hantaran.

Contoh, mas kahwin aku adalah RM7000 – wang hantaran. Wang hantaran ini menjadi milik pengantin perempuan sepenuhnya dan tidak boleh digunakan untuk belanja kenduri. Melainkan jika pengantin perempuan mengizinkan wang hantaran mereka digunakan.

Dan selalunya pihak pengantin perempuan akan menanggung kesemua majlis. Melainkan jika pihak pengantin lelaki sanggup memberi wang belanja kenduri.

Jadi, jangan risau. Walaupun mas kahwin berjumlah RM7000, tetapi wang belanja kenduri tidak perlu diberi melainkan seperti yang dijelaskan di atas.

 

2. Hantaran

 

Buat ala kadar. Berbalas dulang 3-5 atau 5-7. Beli barang hantaran ketika musim promosi atau beli kat Sogo.

Perbanyakan hantaran manisan untuk jimatkan duit seperti coklat, kek, buah, pulut kuning dan lain-lain. Anggaran maksimun RM500.

Ini adalah contoh belanja barang hantaran aku.

Handbag – Amani sponsor
High heel – RM120
Set mandian – Mak sedara sponsor
Set penjagaan muka – harga sale RM120
Set minyak wangi – harga sale RM100
Buah-buahan – RM30
Kek – Amani Sponsor
Pulut kuning – Ma sponsor
Al-Quran – Family Amer sponsor
Telekung & Sejadah – Family Amer sponsor
Tuala – Family Amer sponsor
Coklat – Family Amer sponsor

Aku tak kisah pun barang hantaran aku berjenama atau tak. Yang penting ada hantaran sebagai syarat.

 

3. Cincin

 

Perlu ada untuk hadiah kepada pengantin perempuan. Tak perlu mahal-mahal. Beli sebagai tanda sahaja. Nanti dah kahwin ada duit lebih baru beli rantai sebesar rantai motor hihi.

Tips beli cincin ketika harga mas turun. Anggaran maksimun RM200-RM500. Aku punya cincin – Amer yang beli. So, RM0 untuk bajet aku sendiri hihi.

4. Baju dan persalinan

Guna baju yang sama untuk akad nikah dan majlis kahwin. Anggaran maksimun RM500

Tapi aku ada baju akad nikah dan bersanding. So, kiranya ada dua helai baju.

Baju akad nikah – harga sewa RM250 (deposit RM100)
Baju bersanding termasuk dalam harga pelamin.
Pelamin + baju bersanding – RM900. Harga deposit RM300.

5. Mekap

Mekap sendiri atau minta bantuan dari saudara mara atau kawan-kawan yang teror mekap. Anggaran percuma atau bagi hadiah untuk saudara atau kawan yang tolong mekapkan kita.
Tetapi aku tetap hire MUA. Takkan takmau nampak cantik berseri pada majlis kahwin sendiri.

Ye tak?

Aku ambil mekap akad nikah sekali dengan bersanding. Maknanya sekali mekap bukan dua kali dengan harga RM300 (Deposit RM100).

Ini tips aku, buat majlis dalam hari yang sama. Pagi majlis akad nikah dan sebelah tengahari majlis bersanding. So, kat situ korang dah jimat untuk bajet mekap dan persediaan makan-makan untuk tetamu.

Total : RM200

6. Jamuan makan

Kalau bajet sikit, buat gotong royong. Memang jimat. Menu tak perlu gah. Buat menu masakan kampung ramai orang suka. Jemputan 400-500 org sahaja. Tu pun dah ramai dan belum tentu orang datang hihi. Tak payah sampai 1000 org jemputan.

Anggaran kos :
Ayam x 40 ekor RM600
Beras 5 beg 10 kg RM130
Barang-barang lain RM670
Sewa barang surau RM200

Jumlah semua RM1600 – tips dari sumber.
(Harga barangan dapur mungkin berbeza mengikut ekonomi semasa)

Aku tak buat gotong-royong sebab tak mahu menyusahkan mak ayah. Plus , jemputan tetamu aku cuma anggaran 350 orang. Aku kahwin pada minggu final exam, so ramai kawan aku tak dapat datang. Hmm nampak tak aku cuba untuk berjimat? Haha.

So aku ambil katering dengan kawan ma. Masakan dia memang sedap. Memang ramai yang puji.

1 pax – RM9 (Tahun 2014)

RM9 tapi ada macam-macam: nasi putih, ayam masak merah, gulai daging, ikan kering, kuih-muih, sambal belacan.

Agak-agak kalau makan kat kedai boleh ke dapat RM9 untuk semua ni termasuk air yang dah direfill berulang-kali. Ayam bukan ambil seketul tetapi 2,3 ketul sorang. Siap makan tambah lagi.

300 pax X RM9 = RM2700

Namun anggaran makanan tadi cecah 350 orang boleh makan. Then ada sedara mara yang boleh bungkus bawak balik rumah lagi.

Dan Banyak lagi yang korang leh Budjet selain Tips ada 9 tp aku bagi 6 dulu ye.. ok la nnti sambung lagi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *