Ducati Multistrada nyaris ‘dirembat’

MOTOSIKAL berkuasa tinggi Ducati Multistrada hampir dilarikan oleh dua lelaki di kondominium di Batu Caves, semalam.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam, perbuatan dua lelaki itu disedari pemilik motosikal berkenaan sebelum mengejar mereka.

Dua lelaki itu dapat meloloskan diri melalui pintu utama kondominium.

Cermin sisi motosikal berkenaan dicuri, manakala kabel breknya dipotong.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Superintendan Mohamed Rafiq Muhamad  Mustafa mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, suspek sudah dikenal pasti.

“Melalui rakaman CCTV (kamera litar tertutup) polis berjaya mengesan identiti dua suspek itu dan mereka kini diburu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A(1) /511 Kanun Keseksaan,” katanya.

Semalam, kejadian itu tular di Facebook (FB) selepas pemilik motosikal memuat naik gambar, video dan laporan polis yang dibuat berhubung kejadian berkenaan.

Sumber – hmetro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *