Hanya 12 Pasukan Liga Super 2018 Sah Miliki Lesen Kelab FAM..!!!

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), 4 buah pasukan yang beraksi di 100Plus Liga Premier 2017 telah disahkan memperolehi lesen Lesen Kelab FAM.

Pemberian lesen ini bermakna Kuala Lumpur, Terengganu, Negeri Sembilan dan juga PKNP FC tidak mempunyai masalah untuk dibenarkan beraksi di pertandingan Liga Super Malaysia 2018.

Setiausaha Agung FAM, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin

Kuala Lumpur dan Terengganu layak secara merit ke pertandingan Liga Super musim hadapan setelah kedua-dua pasukan muncul juara dan naib juara saingan 100PLUS Liga Premier pada musim lalu.

 

 

Manakala PKNP FC dan Negeri Sembilan akan beraksi di kancah saingan Liga Super bagi menggantikan Felda United FC yang gagal memperolehi Lesen Kelab FAM serta T-Team FC, yang melalui penjenamaan semula sebagai pasukan ‘feeder club’ di bawah naungan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) baru-baru ini.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung FAM, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin itu turut menjawab persoalan penyokong bola sepak Terengganu yang mempersoalkan status lesen Terengganu I sebelum ini.

Kredit foto: Kuala Lumpur The City Boys

Dato’ Hamidin turut mengesahkan surat kelulusan lesen berkenaan telah dihantar kepada 4 kelab berkenaan pada hari ini.

Permohonan Negeri Sembilan dan PKNP FC telah disemak pada 15 November oleh First Instance Body (FIB), manakala permohonan oleh Terengganu dan Kuala Lumpur hanya disemak selepas tarikh lanjutan pada 30 November yang lalu.

“Surat kelulusan lesen berkenaan telah dihantar kepada empat pasukan tersebut, hari ini selepas mereka berjaya melepasi penilaian yang dibuat ke atas enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran personel, perundangan, kewangan dan perniagaan, seperti yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2017.”

PKNP FC

“Kuala Lumpur dan Terengganu telah diberi tempoh lanjutan selama dua minggu sehingga 30 November 2017 untuk mereka melengkapkan dokumen yang diperlukan dan akhirnya sebelum tarikh tutup berkenaan, kedua-dua pasukan berjaya juga untuk menghantarnya dengan lengkap.”

Dengan pemberian Lesen Kelab oleh FAM untuk 4 pasukan tersebut, ini bermakna kesemua 12 pasukan yang akan bertanding di Liga Super 2018 sudah pun disahkan memiliki lesen masing-masing.

– semuanyabola.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *