“Jaga makan dan pakai suami tanggungjawab isteri, bukannya mak mentua” – Lelaki beristerikan biawak hidup

Tolonglah, tolong. Aku semakin hari semakin bosan sudah dengan isteri aku. Kadang-kadang, terasa macam mahu lari saja. Aku berusia 26 tahun, isteri aku pula 21 tahun. Kami berkahwin waktu muda.

Ada seorang anak lelaki yang baru berusia 2 tahun. Sejak berkahwin, kami tinggal di rumah mentua. Mentua yang suruh memandangkan jarak tempat kerja aku dengan rumah mentua aku dalam 10 minit saja.

Lagi pun, adalah peneman di rumah, boleh bermain-main dengan cucu-cucu. Jadi tidaklah kesunyian.

 

loding..

Isteri aku duduk di rumah sehari suntuk, aku tidak tahulah dia buat apa di rumah selain daripada menghadap TV dan telefon. Anak jarang dia mahu mandikan sebab diri dia sendiri pun malas mahu mandi. Bangun sekitar 10-11 pagi, pukul 2-3 petang baru mahu mandi. Mahu masak pun kadang-kadang ikut mood dia. Sudah banyak kali aku balik kerja penat dan lapar, selak tudung saji tengok lauk tengah hari punya sudah pun tinggal saki baki.

Sepatutnya, bila sudah tahu aku balik dalam pukul 6-7 petang, dia sudah boleh sediakan makanan dari pukul 6 petang lagi. Tiada langsung perasaan bersalah bila tengok aku balik penat dan lapar dan tiada apa mahu dimakan. Kalau petang bila mak mentua aku tiada kelas mengaji, dialah yang akan masakkan untuk kami makan malam. Naik segan aku dengan mak mentua aku. Aku sudah tegur perangai isteri aku supaya lebih menjaga makan dan minum aku sebab itu merupakan tanggungjawab isteri, bukannya mak mentua.

Bila hari cuti aku di rumah, kalau aku atau mak mentua aku tidak mandikan anak, memang tidak mandilah anak itu sampai keesokkan harinya. Kalau anak kencing ataupun berak sekali pun, dia akan buat-buat lambat mahu pergi basuh. Kalau mahu keluar jalan-jalan, dia siapkan diri dia pun sudah masuk satu jam. Aku dengan mandikan anak, siapkan anak, setengah jam saja. Anak kami pun tidak rapat dengan ibunya. Dia lebih rapat dengan aku dan neneknya itu. Kalau tiada ibunya tidak apa, dia tidak kisah pun tetapi jangan sampai tiada neneknya, boleh mengamuk macam histeria. Aku sampai pernah terfikir kalau jodoh aku dengan isteri tidak panjang, memang aku tidak mahu berikan hak penjagaan penuh kepada isteri.

Dua minggu lepas, dia telah disahkan mengandung lagi. Langsung dia tidak mahu pegang periuk dan kuali untuk memasak. Tidak mahu kemas, sapu, mop rumah, cuci pinggan dan basuh baju. Semua pun dia tidak mahu buat. Kalau ada sawang sikit-sikit, dia akan biarkan sampai boleh jadi tempat melepak Spiderman dan Tarzan. Kalau bab baju kotor pula, dia punya tinggi menimbun itu  sudah seperti longgokan baju jualan murah 70% – 80%. Aku yang penat-penat balik kerja inilah yang kutip, basuh dan sidaikan semua baju-baju dia, aku dan anak. Aku memang tidak benarkan mak mentua basuh baju-baju kami.

Pasal melaram, membeli-belah, bergaya styl0-milo. Kuat betul pengaruh drama-drama Korea, Instafamous dan tutorial-tutorial mekap. Suka betullah pakai seluar jeans slim yang ketat pada kaki itu, katanya bergaya hips terkini. Atok kaulah. Aku yang mahu menanggung dosa kau, tahu tak? Aku sudah banyak kali menegur dia supaya lebih menjaga cara pemakaian. Penat dah weh. Agak-agak sudah terlepas ke tidak tanggungjawab menegur itu? Aku sudah tegur, bukannya tidak pernah tegur. Siap aku hantar lagi mesej dan pesanan nasihat yang baik-baik berkenaan cara pemakaian muslimah sebenar kepada dia. Haram dia mahu ikut.

Dia perasan muda lagi, konon-konon semaca dia sudah pasti akan hidup sampai umur 60 tahun (umur 50 kot baru mahu taubat). Perkara ini yang aku malu mahu sebut, tetapi sebagai nasihatlah sebab dalam Islam benda ini sunat. Aku sudah tegur dia banyak kali, janganlah baik hati duduk bela bulu ketiak dan bulu jembat itu, tidak elok. Di dalam Islam, sunat kena cukur semua itu sebab faktor kebersihan. Macam biasalah, sekali ketuk, sekali dia masuk. Memang adakah orang perempuan yang jenis suka membela imi? Tolonglah, tolong….

Duit nafkah dia tiap-tiap bulan aku bagi RM400 untuk dia guna pada diri dia, tambah beli barang-barang anak dan barang-barang dapur yang kekurangan, tetapi lebih 80% duit itu habis dibelanjakan kepada diri dia seorang membeli benda-benda merapu macam barang-barang mekap, vitamin, kolagen, baju dan tudung.

Semak tengok atas meja solek dia tu. Sampai ada yang sudah berabuk. Gaji aku ciput saja. Lepas tolak EPF dan SOCSO, tinggallah RM2100 bersih. Mahu bayar kereta, motosikal, simpanan untuk anak, mahu beli barang-barang dapur, mahu beri pada mak dan ayah aku, bagi pada mentua, bayar bil-bil rumah mertua, petrol, duit makan kat tempat kerja lagi. Mungkin aku akan kurangkan daripada RM400 ke RM200 je. Okay kah?

Lagi satu, dia ada penyakit malas mahu bekerja, sedangkan aku dah izinkan kalau itu dapat membantu ringankan beban aku dan beban mertua. Tapi dia tetap tidak mahu bekerja. Suka duduk di rumah buang masa, melayan drama-drama Korea, Hindustan, sinetron dan sebagainya. Aku pernah tegur dia dengan nada bergurau, kalau dia buat perangai lagi, aku carikan madu untuk dia. Dia buat bodoh, muka tiada perasaan sebab dia tahun gaju aku kecil tidak mampu mahu berkahwin dua.

Bukannya niat mahu salahkan takdir berkahwin pada usia muda. Syukur sangat sebab itu rezeki, tetapi. Tidak tegur salah, bila sudah ditegur pun tidak jalan. Jadi, bagi lelaki-lelaki bujang yang mahu berkahwin mud itu, baguslah kerana dapat mencegah maksiat, tetapi selidik betul-betul pasangan korang dari A-z. Persiapkan diri dengan ilmu rumahtangga dahulu sebelum gatal mahu berumah tangga. Jangan kerana sifat hodoh, buruk dan busuk korang itu nanti bakal menyusahkan orang lain.

Sumber : KRT

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *