Merayap `tindih’ adik ipar !

LELAKI berusia 30-an tergamak memperkosa adik ipar sendiri di rumahnya terletak di Kampung Seria Jaya, Setapak di sini, sejak dua minggu lalu.

Lebih mengejutkan apabila suspek mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya sedang lena tidur di kediaman sama.

Sumber polis berkata, mangsa berusia 14 tahun sering berkunjung ke rumah itu terutama ketika cuti sekolah berikutan mahu membantu menjaga anak saudaranya yang masih kecil.

 

 

“Namun ketika mereka tidur sebilik, suspek dikatakan sempat mengambil peluang memperkosa mangsa.

“Tindakan itu dianggap amat berani berikutan isteri suspek tidak menyedari perbuatan itu walaupun berada berdekatan,” katanya, di sini, semalam.

Menurutnya, suspek turut menggugut mangsa tidak menceritakan kejadian dialami kepada orang lain.

“Suspek mengugut akan membunuh semua ahli keluarga mangsa jika perbuatan itu diketahui orang lain.

“Namun bimbang kejadian sama berulang, mangsa yang masih bersekolah menceritakan perkara itu kepada kakaknya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Difahamkan mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani pemeriksaan perubatan sebelum laporan polis dibuat di pondok polis HKL.

hmetro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *