RM5.2 juta seludup hamba moden..!!!

Kuala Lumpur: Begitu mudah buruh haram warga Bangladesh diseludup masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setiap hari yang diuruskan empat sindiket besar yang beroperasi di Dhaka, Bangladesh selain di ibu kota.

Sindiket terbabit dikatakan mampu mendapat laba RM5.2 juta setahun dengan mengenakan bayaran antara RM15,000 ke RM20,000 seorang termasuk wang ‘pelincir’ kepada beberapa pihak berkuasa terutama anggota dan pegawai Jabatan Imigresen serta pihak Kedutaan Malaysia di Dhaka.

Skuad Khas Harian Metro yang menerima aduan mengenai kegiatan terbabit kemudian melakukan penyamaran dan intipan lebih tujuh bulan untuk menjejaki dan mendedahkan kegiatan sindiket penyeludupan hamba moden terbabit yang dikatakan menyumbang kepada kemasukan ribuan buruh haram warga Bangladesh di negara ini.

 

 

Intipan dilakukan bukan saja di luar bangunan terminal, malah di dalam terminal termasuk sebaik warga Bangladesh berkenaan tiba di Bangunan Satelit. Sekurang-kurangnya 38 penerbangan beroperasi dari Dhaka ke KLIA setiap hari.

hmetro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *