Suspek hina pemimpin dicekup..!!!!

Kuala Lumpur: Polis menahan lelaki disyaki menghina pemimpin kerajaan di WhatsApp dan Facebook, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, polis menerima laporan daripada seorang lelaki ketika berada di Kompleks Campbell, di sini, yang menerima mesej daripada rakannya melalui WhatsApp yang terdapat beberapa gambar berunsur provokasi.

“Dalam mesej itu, terdapat beberapa gambar seorang lelaki tidak dikenali memakai baju T berwarna kuning iaitu pakaian Bersih 4 dan Bersih 5 sambil memegang sepanduk tertera tulisan Cina yang membawa maksud penghinaan kepada pemimpin kerajaan negara ini.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis menahan suspek di Klang, Selangor, hari ini pada 3.15 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Sukri berkata, hasil soal siasat terhadap suspek berusia 48 tahun, dia mengaku mengemaskini dan menggunakan telefon bimbit serta menularkan mesej itu bertujuan menghina kerajaan di laman sosial, Facebook.

“Polis turut merampas beberapa barangan milik suspek termasuk telefon bimbit dan kad sim bagi membantu siasatan.

“Suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga 13 April bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan/ 223 Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia 1998,” katanya.

sumber – hmetro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *