(VIDEO & Gambar) Pesawat TUDM Buat Pendaratan Cemas Tanpa Tayar Selepas 6 Jam Berlegar Udara

Labuan: Sebuah pesawat angkut jenis C130 Hercules milik tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengalami detik cemas sebelum berjaya membuat pendaratan cemas kira-kira jam 5.15 petang sebentar tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan.

Menurut kenyataan TUDM, pesawat berkenaan dilaporkan mengalami kerosakan pada landing gear menyebabkan juruterbang terpaksa berlegar-legar di ruang udara labuan selama enam jam terlebih dahulu untuk membakar minyak bagi mengurangkan berat dan risiko semasa mendarat.

Kesemua anak kapal tidak mengalami sebarang kecederaan dan ketika ini landasan lapangan terbang terpaksa ditutup sementara sehingga diberitahu kelak.

 

Detik pesawat berjaya didaratkan.


Sumber – Siakapkeli.my

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *